Penafian, Dasar Privasi & Keselamatan
Pelawat yang menggunakan maklumat di laman sesawang Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Batu Pahat bersetuju secara sukarela terhadap perkara-perkara di bawah yang berikut;
PENAFIAN
Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Batu Pahat (PSMKBP) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami pengguna dan pelawat kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.
DASAR PRIVASI
Privasi anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi data yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi untuk kegunaan dan manfaat ahli PSMKBP sahaja untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif.
Maklumat yang dikumpulkan
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari portal ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel atau borang-borang yang terdapat di laman sesawang ini.
Laman seswang ini mempunyai pautan ke laman sesawang lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman sesawang ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman sesawang yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman sesawang yang dilayari.
Perubahan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini dari masa ke semasa bertujuan untuk kepentingan bersama PSMKBP dan ahli-ahlinya.
DASAR KESELAMATAN
Perlindungan data
Teknologi terkini termasuk perlindungan data sulit akan digunakan sebaik mungkin bertujuan melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada piawai keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan dengan bantuan pentadbir pelayan (server) yang digunakan/dilanggan pihak PSMKBP.
Keselamatan storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.